Martabatkan Bahasa Melayu tanggungjawab semua, bukan DBP sahaja: Datuk Aziz Deraman

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 27 Safar 1439H, Khamis – Semua pihak termasuk agensi kerajaan, swasta mahupun persendirian perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk A. Aziz Deraman berkata, tanggungjawab melaksanakan dasar bahasa bukan terletak kepada DBP semata-mata.

“Ia adalah tanggungjawab semua dan juga Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah meletakkan banyak perkara yang harus menjadi tanggungjawab bersama. Salah satunya, bahasa Kebangsaan.

“Dalam perkara 152 Perlembagaan, ia bukan untuk DBP sahaja, tetapi tapi untuk semua orang, termasuklah Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan (bermakna badan-badan kerajaan, kementerian, agensi termasuklah Pihak Berkuasa Tempatan.

“Yang menjadi masalah sekarang apabila mereka tidak mahu memahami bahawa ia tanggungjawab Perlembagaan dan tanggungjawab diri sendiri,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net hari ini.

Mengulas mengenai dakwaan segelintir pihak kononnya DBP kurang memainkan peranan, katanya, DBP hanya bertanggungjawab dari aspek pembangunan pembinaan sahaja.

“Misalnya, nak sebut bagaimana, nak eja bagaimana, membakukan bahasa, istilah dan sebagainya. Itu peranan DBP. Dalam masa sama, DBP juga memberi khidmat nasihat.

“DBP kena jaga dari segi penggunaan tapi pelaksanaan itu mesti dilaksanakan oleh semua pihak, negeri, persekutuan dan juga kerajaan tempatan. Itu konsep yang ada dalam Perlembagaan yang termaktub.

“Jadi, kalau mereka tidak menghayati dan tidak faham, bukan salah DBP. Itu salah. DBP adalah untuk pelaksanaan dasar bahasa. Saya harap DBP tidak perlu jadi pengemis bahasa di negara sendiri,” katanya.

The post Martabatkan Bahasa Melayu tanggungjawab semua, bukan DBP sahaja: Datuk Aziz Deraman appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian