MAS batal semua penerbangan ke Bali

KUALA LUMPUR, 8 Rabiulawal 1439H, Isnin – Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini membatalkan semua penerbangannya ke Denpasar-Bali dari sini selepas gunung berapi Agung di Bali meletus pada Sabtu lepas.

Syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, penumpang telah dimaklumkan menerusi pesanan khidmat ringkas (SMS) petang semalam dan nasihat perjalanan telahpun diposkan di laman web, Facebook dan Twitter syarikat itu.

“Kami sedang memantau dengan rapat situasi tersebut dan akan menyesuaikan operasi penerbangan kami ke dan keluar dari Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai apabila perlu.

“Berikutan situasi ini, kami akan membenarkan pelanggan yang terjejas: mendapat pembayaran balik sepenuhnya atau menangguhkan perjalanan sehingga akhir Februari 2018 dan menukar destinasi (bergantung kepada kekosongan tempat duduk) ke Jakarta, Surabaya atau mana-mana destinasi ASEAN yang Malaysia Airlines menawarkan khidmat penerbangan,” kata MAB.

Untuk maklumat lebih lanjut, para penumpang diminta menghubungi syarikat penerbangan itu di talian 1 300 88 3000 (di Malaysia) atau +603 7843 4000 (luar dari Malaysia).

Sementara itu, AirAsia mengumumkan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai di Bali ditutup sementara hari ini selepas letusan gunung berapi tersebut.

“Akibat penutupan sementara lapangan terbang itu, semua penerbangan AirAsia dan AirAsia X ke dan keluar dari Bali telah dibatalkan. Selain itu, penerbangan dari dan ke Lombok kekal dibatalkan hari ini,” kata syarikat penerbangan itu.

Maklumat lebih lanjut akan dikeluarkan apabila diperoleh kelak dan penumpang akan dimaklumkan mengenai status penerbangan mereka menerusi emel dan SMS, kata AirAsia.

Syarikat itu juga menggalakkan penumpangnya mengemas kini butiran hubungan mereka di laman web airasia.com untuk memastikan mereka dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan terkini mengenai penerbangan mereka.

“Penumpang yang penerbangan mereka dibatalkan boleh memilih mana-mana pilihan pemulihan perkhidmatan berikut: menukarkan penerbangan mereka ke satu tempoh perjalanan baharu di laluan yang sama dalam masa 30 hari daripada tarikh penerbangan asal tanpa tambahan kos dan tertakluk kepada kekosongan tempat duduk atau menerusi Credit Account, yang akan mengekalkan nilai tambang dalam akaun kredit bagi perjalanan akan datang dengan AirAsia,” kata syarikat penerbangan itu.

Credit Account dalam talian boleh ditebus dalam masa 90 hari daripada tarikh dikeluarkan.

“Para penumpang dinasihati melayari laman web www.airasia.com dan laman media sosial AirAsia bagi mendapatkan pengumuman selanjutnya. Mereka juga digalakkan untuk memeriksa status penerbangan mereka menerusi bahagian “Manage My Booking” di laman web AirAsia,” kata syarikat penerbangan itu.

Selain itu, para penumpang juga boleh mendapatkan maklumat lanjut dan bantuan dengan menghubungi pasukan sokongan pelanggan di http://ift.tt/2i6rwz7. – Bernama

The post MAS batal semua penerbangan ke Bali appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian