Myanmar, Bangladesh tandatangan perjanjian hantar pulang Rohingya

YANGON, 5 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Myanmar dan Bangladesh telah menandatangani perjanjian bagi menghantar pulang ribuan pelarian Rohingya Islam ke negeri Rakhine yang berlindung di sempadan Cox’s Bazar.

Perjanjian tersebut disahkan oleh Kementerian Luar Myanmar tanpa mengulas butiran lanjut, semalam.

Sementara itu, Aktivis Rohingya, Nay San Lwin berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kenyataan yang jelas mengenai cara pelarian ini dipulangkan.

“Saya tidak pasti sama ada mereka akan dibenarkan kembali ke kampung asal atau tidak.

“Berkemungkinan mereka akan ditempatkan di kem sementara, dan kemudian pelarian tersebut akan dikurung untuk tempoh yang lama seperti Rohingya di Sittwe,” katanya kepada Aljazeera.

Difahamkan bahawa Menteri Myanmar, Aung San Suu Kyi akan menempatkan semula etnik Rohingya dengan menghantar pulang 300 pelarian maksimum dalam sehari dan berkemungkinan akan mengambil masa sehingga dua dekad untuk memulangkan semua pelarian tersebut.

Perjanjian itu dilaksanakan akibat tekanan daripada pihak antarabangsa yang semakin meningkat di Myanmar oleh kerana lebih daripada 600,000 etnik Rohingya Muslim telah melarikan diri dari Rakhine ke Bangladesh sejak konflik tercetus. – Agensi

 

The post Myanmar, Bangladesh tandatangan perjanjian hantar pulang Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian