Myanmar tuduh Bangladesh sengaja tangguh penghantaran pulang Rohingya

NAYPYIDAW, 13 Safar 1439H, Khamis – Myanmar menuduh Bangladesh sengaja menangguhkan permulaan proses penghantaran pulang ratusan ribu pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Rakhine.

Myanmar mendakwa, pihaknya bimbang Dhaka sengaja melewatkan usaha itu kerana ia menunggu bantuan antarabangsa berjumlah jutaan dolar.

Jurucakap pemimpin Myanmar, Zaw Htay mendakwa, Naypyidaw sudah menyatakan kesediaan menerima semula pelarian Rohingya pada bila-bila masa tetapi kerajaan Bangladesh masih menimbangkan perjanjian antara kedua negara itu.

Katanya, Bangladesh masih belum menghantar senarai nama warga Rohingya yang telah melarikan diri.

“Kami bersedia memulakan proses ini tetapi pihak satu lagi (Bangladesh) masih belum meluluskannya, menyebabkan proses penghantaran pulang pelarian Rohingya tertangguh,” kata Zaw Htay.

Bagaimanapun, Menteri Luar Negara Dhaka menafikan bahawa ia melambat-lambatkan proses itu dan menegaskan bahawa negaranya sedang bekerja keras menyelesaikan perjanjian antara kedua negara.

Katanya, Myanmar sendiri belum bersedia untuk perjanjian itu.

Satu memorandum persefahaman mengenai hubungan sempadan ditandatangani bersama Menteri Dalam Negeri Bangladesh, Asaduzzaman Khan susulan rundingan di Naypyitaw minggu lalu, tetapi tiada kemajuan dicapai bagi menghidupkan semula perjanjian terdahulu.

Zaw Htay mengaitkan kelewatan oleh Bangladesh itu dengan usaha masyarakat antarabangsa untuk membantu Dhaka membina kem pelarian terbesar untuk etnik Rohingya.

“Sehingga kini, mereka (kerajaan Bangladesh) mempunyai AS$400 juta (RM1.6 bilion).

“Mereka juga menerima subsidi antarabangsa. Kami bimbang ia akan menjadi punca mereka melengahkan untuk menghantar pulang etnik Rohingya,” katanya. – Agensi

The post Myanmar tuduh Bangladesh sengaja tangguh penghantaran pulang Rohingya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian