Naib Yang Dipertua ISMA Seberang Perai Utara terima Anugerah Guru Al Hafiz

 

Oleh Latifah Hashim

KEPALA BATAS 8 Safar 1439H, Ahad- Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA), Seberang Perai Utara Ustaz Mohd Yusoff Abd Mutalib dipilih sebagai penerima Guru Al Hafiz Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena Majlis Ijtimak Huffaz peringkat negeri semalam.

Ustaz Mohd Yusoff ketika dihubungi berkata, beliau mengakui masih  terkejut dan bersyukur kehadrat Allah SWT atas anugerah yang beliau terima itu. Beliau yang juga merupakan guru di Madrasah Manabiul Ulum, Penanti disamping berkhidmat sebagai imam , khatib serta memberi kuliah di surau dan masjid sekitar Pulau Pinang.

“Jazakumullah kepada walid dan Al marhumah ummi, kerana merekalah insan yang memberikan didikan agama dan Al-Quran, disamping berkat para Asatizah, para Murabbi dan seluruh keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa mendoakan serta memberi dorongan dan sokongan dalam mengembangkan ilmu Al-Quran ini

“Penghargaan juga buat isteri tercinta Suryani Ahmad kerana banyak membantu disamping memberi semangat untuk saya terus berkhidmat kepada agama ini,” katanya

Sabda Nabi SAW : ” إن الله تعالى يرفع بهذا الكتاب أقواما ويضع به آخرين ” Sesungguhnya Allah Taala akan mengangkat darjat sesuatu kaum itu dengan Al-Quran ini dan akan merendahkan darjat mereka dengan Al-Quran juga. Hadis ini menjelaskan tentang kepentingan Al-Quran dalam kehidupan seharian. Al-Quran adalah Mukjizat, panduan hidup, penawar hati dan pemberi syafaat.

Dalam majlis itu, para huffaz seluruh negeri Pulau Pinang diraikan dan sebanyak 5 kategori Anugerah diberikan iaitu

  1. Anugerah tokoh Al-Hafiz Termuda.
  2. Anugerah Keluarga Al-Hafiz.
  3. Anugerah Guru Al-Hafiz.
  4. Anugerah Maahad Tahfiz contoh.
  5. Anugerah Tokoh Al-Hafiz ( kemuncak )
Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian