Palestin ancam gantung hubungan dengan AS jika tutup pejabat PLO

RAMALLAH, 1 Rabiulawal 1439H, Isnin – Palestin mengancam untuk menggantung hubungannya dengan Amerika Syarikat (AS) jika negara itu bertegas menutup pejabat Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di Washington.

Semalam, Jabatan Negara AS memaklumkan mereka enggan memperbaharui lesen operasi pejabat PLO buat pertama kali sejak 1980-an.

PLO merupakan organisasi yang mewakili seluruh rakyat Palestin, yang mana ia perlu mendapatkan kebenaran menjalankan operasinya di premis di negara itu setiap enam bulan.

Setiausaha Agung PLO, Saeb Erekat berkata, pihaknya telah memaklumkan kepada Washington bahawa segala komunikasi dengan pentadbiran AS akan disekat susulan tindakan terbabit.

Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki juga berkata, mereka hanya dimaklumkan dua hari lalu bahawa tidak mempunyai cukup alasan untuk terus membuka pejabat itu.

“Ini tidak pernah berlaku dahulu dan kami sudah meminta penjelasan dari Jabatan Negara dan White House,” katanya.

Dilaporkan, kepimpinan Palestin akan bertemu Jabatan Negara AS hari ini untuk membincangkan tindakan selanjutnya. -Agensi

The post Palestin ancam gantung hubungan dengan AS jika tutup pejabat PLO appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian