PAS mahu selamatkan Malaysia dengan Islam

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu – PAS mahukan perubahan sistem secara menyeluruh daripada sistem yang korup kepada sistem yang terbaik.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Muhtar Suhaili berkata, cara yang terbaik menjurus kepada perubahan itu ialah dengan menyelamatkan Malaysia dengan Islam.

Katanya, PAS sering menekankan betapa penyelesaian Islam adalah jalan ke hadapan.

“Politik dan ekonomi negara perlu diselamatkan dan dibincang semula dengan berpandukan Islam sebagai jalan penyelesaian.

“PAS bukan sekadar mahu menurunkan seorang Perdana Menteri dan diganti dengan Perdana Menteri yang lain namun masih dari parti dan sistem korup yang sama.

“Kita tidak mahu keluar dari mulut buaya, masuk ke dalam mulut harimau. Ia tidak menyelesaikan masalah dan tidak membawa kepada perubahan yang lebih sejahtera,” tegasnya dalam satu kenyataan di Harakahdaily.net

Tegasnya, sejak penubuhannya sehingga kini, PAS istiqamah menentang segala kezaliman, salah guna kuasa, rasuah, pecah amanah dan ketidakadilan yang dilakukan oleh parti pemerintah UMNO-Barisan Nasional (BN).

Katanya, beliau bersetuju reformasi institusi (institutional reform) sesuatu keperluan mendesak di dalam negara ini bagi menukar sistem yang korup.

The post PAS mahu selamatkan Malaysia dengan Islam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian