Pejabat Kesihatan bantu mangsa terkandas di Bukit Bendera

BANGI, 18 Safar 1439H, Selasa – Pasukan perubatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut (PKTDL), Pulau Pinang ditugaskan untuk memberi bantuan perkhidmatan kesihatan kepada 35 penduduk termasuk pelancong tempatan yang terkandas di Bukit Bendera di sini sejak Sabtu lalu, berikutan tanah runtuh dan pokok tumbang.

Pasukan itu membabitkan empat pegawai dan kakitangan PKTDL termasuklah Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Persekitaran serta Pembantu Kesihatan Awam.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pasukan itu telah menjalankan operasi pendakian ke Bukit Bendera, hari ini.

“Pendakian menggunakan laluan trek ini telah dimulakan pada awal pagi bersama-sama pihak PDRM, ATM, BOMBA, APM dan lain-lain agensi berkaitan.

“Pasukan seramai 4 orang warga PKDTL ini telah ditugaskan untuk memberikan bantuan perkhidmatan kesihatan dan bekalan ubatan kepada penduduk tempatan dan pelancong yang telah terkandas di kawasan Bukit Bendera susulan kejadian bencana sejak hari Sabtu lepas,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Dr Noor Hisham, kesemua mangsa dilaporkan terputus hubungan dengan laluan utama termasuk perkhidmatan kereta kabel yang tidak dapat beroperasi.

“Bantuan perubatan telah diberikan kepada mangsa-mangsa termasuk pelancong yang telah kehabisan bekalan ubatan mereka,” katanya.

The post Pejabat Kesihatan bantu mangsa terkandas di Bukit Bendera appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian