Pekerja bahagian hadapan hotel dilarang bertudung satu diskriminasi – Vell Paari

KUALA LUMPUR, 24 Safar 1439H, Isnin – Dasar larangan bertudung bagi wanita Islam yang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan seperti yang diamalkan sesetengah rangkaian hotel di negara ini adalah tidak adil dan satu diskriminasi, kata Bendahari Agung MIC, Datuk Seri S. Vell Paari.

Beliau merujuk kepada kenyataan Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia, Samual Cheah Swee Hee dua hari lepas bahawa dasar itu diamalkan rangkaian hotel antarabangsa yang menggunakan prosedur operasi standard yang sama bagi pemakaian uniform di semua rangkaian hotel mereka di seluruh dunia.

Vell Paari dalam kenyataan hari ini berkata, beliau pernah berkunjung ke pelbagai negara di seluruh dunia dan pernah melihat wanita Islam memakai tudung bekerja di hotel lima bintang dan perkara itu ‘tidak pernah menjadi isu”.

“Profesionalisme seseorang tidak terjejas hanya kerana seseorang itu memakai tudung bagi mematuhi tuntutan agamanya,” katanya.

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia dalam satu kenyataan berkata, dasar itu secara jelas menafikan kebebasan mengamalkan agama dan terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan.

“Amalan bertudung bukan suatu amalan yang asing hatta di peringkat antarabangsa yang meraikan perkembangan para tokoh serta profesional wanita Muslim dalam pelbagai lapangan.

“Jangan sampai polemik ini menjejaskan nama baik negara serta industri pelancongan yang amat penting dengan perkembangan sejagat,” menurutnya. – Bernama

The post Pekerja bahagian hadapan hotel dilarang bertudung satu diskriminasi – Vell Paari appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian