ismakualaterengganu

Pelarian Rohingya masih takut tinggal di Myanmar

COX’S BAZAR, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Etnik Islam Rohingya masih melarikan diri ke Bangladesh kerana takut dengan kekejaman Myanmar. ...

COX’S BAZAR, 9 Rabiulawal 1439H, Selasa – Etnik Islam Rohingya masih melarikan diri ke Bangladesh kerana takut dengan kekejaman Myanmar.

Meskipun perjanjian penghantaran balik telah dipersetujui di antara Bangladesh-Myanmar baru-baru ini, dilaporkan sekurang-kurangnya 400 pelarian Rohingya telah menyeberangi sempadan sejak perjanjian itu ditandatangani.

Komander Pengawal Sempadan, Leftenan Kolonel S.M. Ariful Islam berkata, angka pelarian yang tiba telah berkurangan tetapi masih tidak berhenti.

Mengikut perjanjian itu, pelarian yang dihantar pulang akan ditempatkan di kem sementara di Myanmar.

Ia berikutan mereka tiada kediaman asal disebabkan rumah pelarian telah dibakar oleh rejim tentera Myanmar.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) masih ragu-ragu dengan terma perjanjian itu, ekoran syarat-syarat untuk penghantaran balik etnik berkenaan dengan selamat masih belum diberitahu. -Agensi

The post Pelarian Rohingya masih takut tinggal di Myanmar appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 6997163057080070868

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item