Penting beri Kesedaran Bahaya Pedofilia

27 Oct, Kuala Terengganu: “Pedofilia adalah salah satu penyakit psikiatri iaitu kecelaruan seksual dalam kalangan pelakunya terutama lelaki dewasa yang mengalami kecenderungan dan fantasi seksual terhadap kanak-kanak bawah umur baligh.”

Tambahnya lagi, “kanak-kanak seawal usia lima tahun di negara ini perlu diberi pendedahan dan pendidikan mengenai bahaya ancaman jenayah seksual oleh pelaku pedofil.” Kata Dr. Nor Nasuha Ismail, Pegawai Perubatan Bahagian Kanak-kanak Hospital Sulatanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

Merujuk kes pedofil warga Britain Richard Huckle yang didakwa mencabul hingga 200 kanak-kanak dari tahun 2006 hingga 2014, kami percaya perkara itu boleh dibendung sekiranya kanak-kanak diajar dengan kemahiran melindungi diri dan cara bertindak untuk mencegah perkara itu.

Ramai yang beranggapan agak janggal untuk berkongsi pengetahuan seksual dengan kanak-kanak antara usia 5 hingga 12 tahun namun dalam keadaan kini, ibu bapa dan pihak sekolah perlu memainkan peranan dengan menekankan kepada kanak-kanak mengenai ancaman seksual seperti kewujudan pedofil.

 

Sebagai contoh, kanak-kanak perlu diajar membezakan cara sentuhan, sama ada sentuhan itu bersifat biasa atau perlakuan tidak senonoh bagi memastikan pengetahuan mereka mengenai gangguan seksual lebih jelas.

Ceramah “Bahaya Pedofilia” telah dianjurkan oleh Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) Kuala Terengganu dengan kerjasama Biro Keluarga dan Masyarakat, Ikatan Muslimin Malaysia ISMA Kuala Terengganu . Ceramah ini diadakan kerana menyedari kurangnya pendedahan kepada masyarakat mengenai gangguan seksual terhadap kanak-kanak menyebabkan semakin ramai yang akan menjadi mangsa jenayah pedofilia ini.

Semoga dengan program yang telah dianjurkan ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada kanak-kanak mengenai isu ini.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian