ismakualaterengganu

Perlembagaan Negara lebih tinggi daripada polisi antarabangsa hotel di Malaysia

BANGI, 23 Safar 1439H, Ahad – Polisi antarabangsa bukannya suatu akta atau enakmen undang-undang yang wajib dipatuhi jika ia diperkenalka...

BANGI, 23 Safar 1439H, Ahad – Polisi antarabangsa bukannya suatu akta atau enakmen undang-undang yang wajib dipatuhi jika ia diperkenalkan di Malaysia, kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Azman Ibrahim.

Katanya, larangan pemakaian tudung oleh pekerja wanita beragama Islam, terutama di bahagian khidmat pelanggan (frontline) sesebuah hotel, hanyalah suatu polisi sebagaimana didakwa oleh Persatuan Hotel Malaysia (MAH).

“Ia hanya polisi dan bila polisi ini dibawa ke Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi dalam Perlembagaan Negara, maka tentunya Perlembagaan Negara lebih besar dari sekadar satu polisi Persatuan Hotel. Mana boleh buat polisi sesuka hati,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, MAH dalam satu kenyataan mempertahankan tindakan industri perhotelan negara yang melarang pekerja wanita beragama Islam bertudung bekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan, sambil menegaskan ia sebahagian daripada polisi antarabangsa dan bukannya diskriminasi.

Presiden MAH, Cheah Swee Hee berkata, setiap hotel, terutama hotel antarabangsa di Malaysia mempunyai standard operasi (SOP) dan polisi syarikat yang ditetapkan.

“Kita tidak boleh gunakan ayat diskriminasi (isu larangan tudung). Ia kerana syarikat ada polisi masing-masing. Jadi, ada banyak hotel juga menerima mereka yang berhijab.

“Ia lebih kepada polisi dan SOP yang digunakan hotel di seluruh dunia. Ia bukan (Islamicphobia) kerana sudah dibuat sejak awal lagi. Jadi, mereka ada SOP,” kata Swee Hee dipetik daripada laporan sebuah portal berita.

Sehubungan itu, Dr Azman menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan segera menangani isu MAH yang mempertahankan tindakan melarang pekerja wanita beragama Islam di bahagian khidmat pelanggan memakai tudung.

“Apa makna Malaysia sebuah negara dengan Islam sebagai agama rasmi kalau hak penganut Islam untuk beramal dengan ajaran agama disekat dan tidak dihormati,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Kelantan sebagai sebuah kerajaan negeri dengan bidang kuasa yang terhad boleh menguatkuasakan etika pemakaian pekerja hotel wanita beragama Islam.

“Di Kelantan juga ada hotel 5 bintang iaitu Renaissance Hotel. Saya tengok pekerja mereka di bahagian perkhidmatan pelanggan boleh bertudung. Apakah Renaissance Hotel tak terikat dengan polisi MAH?” katanya.

The post Perlembagaan Negara lebih tinggi daripada polisi antarabangsa hotel di Malaysia appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 2028319425072791987

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item