Permohonan Guan Eng untuk ketepikan prosiding komital didengar 6 Disember

KUALA LUMPUR, 20 Safar 1439H, Khamis – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Disember untuk mendengar permohonan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi mengetepikan kebenaran yang diperoleh Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadapnya.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam Gobind Singh Deo yang bertindak bagi pihak Lim kepada pemberita selepas kes berkenaan disebut di dalam kamar hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said yang turut dihadiri peguam kanan Persekutuan, Datuk Amarjeet Singh mewakili Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Pada 21 September 2016, mahkamah itu memberi kebenaran kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding komital terhadap Lim.

Mohamed Apandi memfailkan saman pemula pada 18 Ogos 2016, bagi memohon kebenaran untuk perintah komital terhadap Lim supaya dikomitkan ke penjara kerana menghina mahkamah dengan mengeluarkan kenyataan di media cetak atau media sosial yang akan menggugat pentadbiran keadilan, mengikis keyakinan awam terhadap sistem kehakiman serta menghina maruah dan integriti sistem mahkamah.

Antara alasan permohonan itu ialah bagi memastikan sebarang perbuatan bersifat menghina mahkamah dan hakim-hakimnya serta pentadbiran keadilan tidak harus dibiarkan bebas berlaku begitu sahaja.

Selain itu, Peguam Negara berkata, pemeliharaan dan kepercayaan orang awam terhadap sistem keadilan harus dipertahankan, lebih-lebih dalam keadaan sesuatu kes berkenaan sedang dalam proses tindakan di mahkamah.

Menurut beliau, kenyataan-kenyataan oleh Lim semasa sidang akhbar di George Town, Pulau Pinang yang menyatakan pertuduhan terhadapnya adalah konspirasi dan bahawa beliau akan dipenjarakan, jika dibaca secara keseluruhan membawa maksud mahkamah turut terlibat dalam konspirasi yang didakwa akan memenjarakannya atas ‘tuduhan rasuah yang direka-reka.’

Pada 30 Jun 2016, Lim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pertuduhan rasuah berhubung penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan serta pembelian lot tanah dan banglo bawah nilai pasaran.- Bernama

 

The post Permohonan Guan Eng untuk ketepikan prosiding komital didengar 6 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian