ismakualaterengganu

Pertemuan antara kementerian, MAH boleh diadakan

KUALA TERENGGANU, 30 Safar 1439H, Ahad – Pertemuan antara kementerian dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) boleh diadakan bagi memastikan i...

KUALA TERENGGANU, 30 Safar 1439H, Ahad – Pertemuan antara kementerian dan Persatuan Hotel Malaysia (MAH) boleh diadakan bagi memastikan isu wanita bertudung dilarang bekerja di barisan hadapan sektor perhotelan ditangani sebaiknya.

Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, “Tiada masalah (mengadakan perbincangan). Kita memang sentiasa berhubung, bukan dari segi berpakaian malah dari segi etika servis dan sebagainya. Kita bukan berhubung dengan hotel tetapi pihak NGO.

“Kita ada banyak persatuan yang mewakili pihak-pihak dalam industri. Mungkin perkara ini boleh dijadikan sebagai perbincangan, bagaimana kita hendak buat kaedah terbaik demi kemaslahatan semua pihak,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, jika pihak tertentu menganggap bertudung tidak membantu dari segi pelancongan dan kedatangan pengunjung, Malaysia sudah pun membuktikan perkara tersebut bukan isu sebenar.

“Malaysia sudah berada di tempat pertama dan diiktiraf destinasi mesra Muslim selama tujuh tahun berturut-turut menerusi Global Muslim Travel Index.

“Bukan mudah untuk kita menang selama tujuh tahun berturut-turut. Kalau ini (larangan bertudung) dijadikan faktor menarik pelancong, ini tidak munasabah dan tidak masuk akal sekali,” katanya.

Katanya, perkara itu menunjukkan bahawa pelancong asing gemar ke Malaysia dan selesa dengan apa yang ada di negara ini serta menghormati agama Islam.

“Jadi, kenapa kita pula orang Malaysia hendak memperkotak-katikkan apa yang sudah ditentukan dalam perlembagaan. Ini benda yang patut kita tidak boleh bagi muka dan Puteri UMNO Malaysia merasakan ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

The post Pertemuan antara kementerian, MAH boleh diadakan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 547784434076090467

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item