Polis Kedah buru 86 individu dikehendaki

ALOR SETAR, 19 Safar 1439H, Rabu – Polis Kedah memburu 86 individu yang dikehendaki termasuk dua wanita berhubung kes jenayah yang berlaku di negeri ini sejak 2010 sehingga bulan lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Mior Farid Al Atrash Wahid berkata daripada jumlah itu, empat orang dikehendaki bagi kes bunuh, keganasan seksual (24 orang), mendatangkan kecederaan (14 orang), samun (20 orang), kekerasan (lima orang), harta benda (16 orang),dan seorang masing-masing bagi kes mencuri, pemerdagangan manusia dan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Empat lelaki berkenaan terlibat dalam kes pembunuhan pada tahun 2008, 2012 dan 2017 yang berlaku di Sungai Petani dan Pendang manakala dua wanita dikehendaki atas kes jenayah harta benda dan samun.

“Kita percaya individu-individu ini masih ada dalam Kedah dan ada juga berada di luar negeri sebab itu kita sebar maklumat mereka ini bagi membolehkan mereka ditahan dengan segera,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu yang dicari untuk menghubungi balai polis terdekat bagi menyalurkan maklumat. – Bernama

The post Polis Kedah buru 86 individu dikehendaki appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian