Polis wanita muslim Netherlands mungkin dibenar pakai tudung kepala

ROTTERDAM, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Tindakan polis Netherlands yang melarang pegawai wanita beragama Islam memakai tudung kepala dan beruniform ketika menjalankan tugas, adalah satu diskriminasi, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia negara itu.

Mengikut undang-undang Netherlands, pegawai polis dilarang memakai simbol agama yang boleh dilihat ketika menjalankan tugas di luar pejabat.

Pegawai Pentadbiran Polis Rotterdam, Sarah Izat, yang membawa kesnya kepengetahuan suruhanjaya berkenaan pada Mei lalu, mengatakan larangan terhadapnya itu adalah satu bentuk diskriminasi dan menghalangnya daripada maju dalam kerjaya.

Tatkala, rakan sekerjanya yang bukan Islam dibenar memakai pakaian seragam ketiga bertugas, Sarah, 26 tahun, hanya boleh berpakaian biasa jika beliau hendak memakai tudung kepala.

Tetapi, semalam, suruhanjaya berkenaan memutuskan dalam kes Sarah, larangan memakai tudung kepala tidak boleh diterima sama sekali, terutama apabila beliau hanya melakukan tugas di dalam pejabat iaitu mengambil kenyataan melalui telefon.

“Apabila beliau menggunakan telefon, orang awam tidak dapat melihatnya. Oleh itu, melarangnya daripada memakai tudung kepala tidak menarik perhatian untuk menjadi neutral,” kata suruhanjaya itu.

Dalam keputusannya, suruhanjaya itu juga mengatakan bahawa dalam kes-kes di mana orang awam melihat wajah Sarah melalui sistem unjuran video, tudung kepala itu tidak mempunyai pengaruh ke atas tugasnya kerana beliau hanya mengambil kenyataan dan tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan mengenai bagaimana polis akan terus meneruskan siasatan.

Menolak dakwaan polis negara itu bahawa pemakaian tudung kepala akan membahayakan keselamatan diri Sarah, suruhanjaya itu berkata, alasan itu tidak berasas.

Bagaimanapun, keputusan suruhanjaya itu tidak mengikat polis Netherlands untuk mematuhinya. – Agensi

The post Polis wanita muslim Netherlands mungkin dibenar pakai tudung kepala appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian