Presiden Yaman dikhuatiri dibunuh jika pulang ke negaranya

RIYADH, 23 Safar 1439H, Ahad – Presiden Yaman, Abd-Rabbu Mansour Hadi dikhuatiri akan dibunuh jika kembali ke negaranya yang sedang bergolak.

Seorang pegawai kerajaan Yaman berkata, pihaknya bimbang dengan keselamatan nyawa Presiden itu dan mendesak beliau untuk tidak kembali ke bandar Aden, Yaman dalam masa terdekat.

“Hadi boleh ke mana sahaja dia mahu, dia juga boleh pergi ke luar negara, tetapi adalah berisiko untuknya jika dia kembali ke Aden.

“Terdapat tentera di sana yang ingin melihatnya dibunuh dan itulah sebabnya pihak Saudi tidak berasa ia satu keputusan yang baik untuknya kembali, dan mereka mendesak beliau supaya tinggal di Riyadh sehingga keadaan keselamatan bertambah baik,” kata pegawai itu.

Pegawai itu tidak mengatakan pasukan mana yang mahu “mensasarkan” Hadi, tetapi sebahagian besar selatan dan tenggara adalah di bawah kawalan Emiriyah Arab Bersatu dan militan yang disokong oleh Abu Dhabi.

Hadi dan sebahagian daripada kerajaannya telah menetap di Riyadh sejak 2015 ketika pemberontak Houthi menakluk sebahagian besar negara itu, termasuk ibu kota Yaman, Sanaa. – Agensi

The post Presiden Yaman dikhuatiri dibunuh jika pulang ke negaranya appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian