Produk ‘Wan Ling Ren Sem Chin Kuo’ dan ‘Chong Cao Dan’ tidak berdaftar: KKM

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 17 Safar 1439H, Isnin – Dua produk tradisional Cina iaitu Wan Ling Ren Sem Chin Kuo Pill dan Chong Cao Dan disahkan tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), kata Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini berkata, produk Wan Ling Ren Sem Chin Kuo Pill dahulunya pernah berdaftar tetapi ditarik balik pendaftarannya pada bulan Januari 2017 kerana didapati mengandungi Dexamethasone.

Beliau berkata, sepanjang tahun ini Bahagian Penguatkuasa Farmasi KKM telah membuat serbuan ke atas 2 premis kedai ubat tradisional Cina dan sebanyak 26 kotak produk Wan Ling Ren Sem Chin Kuo Pill telah dirampas.

“Oleh kerana produk tersebut tidak berdaftar, kualiti dan keselamatan berkaitan penggunaan produk-produk ini tidak dapat dipastikan.

“Pengguna produk-produk ini dinasihatkan untuk tidak memberhentikan pengambilan produk ini secara mendadak dan segera untuk berjumpa dengan doktor.

“Orang awam adalah digesa untuk tidak membeli produk-produk ini dan digalakkan untuk mengemukakan aduan serta menyalurkan maklumat berkenaan produk yang meragukan kepada pihak kementerian untuk membanteras penjualan produk tidak berdaftar,” katanya.

Terdahulu, The Star dalam satu artikel bertajuk “Singapore Warns Against Use Of Two Malaysian Health Products” telah merujuk kepada dua produk kesihatan tersebut yang telah dikesan oleh Pihak Berkuasa Kesihatan Singapura mengandungi bahan aktif yang tidak diisytiharkan iaitu Dexamethasone, Furosemide dan Chlorpheniramine.

Justeru, Noor Hisham mengingatkan orang awam untuk sentiasa memastikan produk yang diguna adalah berdaftar di mana ia mempunyai pelekat keselamatan hologram dan dilabel dengan nombor pendaftaran yang sah.

Sebarang aduan dan maklumat berkaitan penjualan produk ini di pasaran boleh disalurkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui laman sesawang http://ift.tt/1v9Ewxp atau di talian 03-78413200 dan juga di mana-mana Cawangan Penguatkuasa Farmasi di setiap negeri.

Semakan status pendaftaran sesuatu produk pula boleh dibuat melalui laman sesawang http://npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

The post Produk ‘Wan Ling Ren Sem Chin Kuo’ dan ‘Chong Cao Dan’ tidak berdaftar: KKM appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian