Program Cuci Pulau Pinang berjaya kumpul dana RM10,000 untuk mangsa banjir

Oleh Che Siti Rekembang Hasbi

BANGI, 20 Safar 1439H, Khamis – Program Cuci Pulau Pinang 2017 anjuran Yayasan Ikhlas berjaya mengumpul dana RM10,000 dalam tempoh dua hari. 

Pengarah program yang juga Pengerusi Yayasan Ikhlas Pulau Pinang, Dr Zaki Ibrahim berkata, dana ini adalah bantuan berbentuk wang ringgit yang diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa kawasan di negeri berkenaan. 

“Ratusan penduduk yang terlibat dengan musibah banjir telah mendapat sedikit sumbangan wang ringgit ini,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Dalam masa sama, beliau turut mengucapkan rasa syukur di atas kejayaan program misi membersih Pulau Pinang yang disertai Yayasan Ikhlas, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan para sukarelawan.

Katanya, mereka menyumbang tenaga membersihkan rumah mangsa banjir di kawasan Lahar Yooi, Sungai Dua dan Tasik Gelugor.

“Alhamdulillah, banyak kawasan yang kami bersihkan, anak muda begitu bersemangat dalam misi ini.

“Selain itu, kami juga menyusun beberapa program untuk membersih dan membaik pulih rumah-rumah yang rosak akibat musibah banjir,” katanya.

Beliau turut berasa bangga dengan kesungguhan anak-anak muda yang sanggup datang dari kelantan dan Kuala Lumpur untuk  membantu dalam misi pembersihan ini.

“Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan program membersih Pulau Pinang pada kali ini,” katanya.

The post Program Cuci Pulau Pinang berjaya kumpul dana RM10,000 untuk mangsa banjir appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian