ismakualaterengganu

PRU14: Perkasa isytihar sokong parti perjuang agenda Melayu

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1439H, Ahad – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengumumkan pendirian mereka untuk menyokong ...

KUALA LUMPUR, 30 Safar 1439H, Ahad – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini mengumumkan pendirian mereka untuk menyokong parti politik yang memperjuangkan agenda Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Bagaimanapun, Presiden Perkasaa, Datuk Ibrahim Ali berkata, pertubuhan berkenaan juga akan menilai manifesto pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan, sebelum membuat keputusan

Bercakap pada sidang media selepas Perasmian Persidangan Agung Tahunan ke-8 Perkasa di sini hari ini, beliau berkata, sekarang ini Perkasa tidak memihak kepada mana-mana parti politik.

“Perkasa akan menyokong parti yang memperjuangkan agenda Melayu dalam pilihan raya nanti.

“Buat masa ini kita tidak menyokong mana-mana parti kerana mahu lihat manifesto mereka. Apa agenda untuk orang Melayu,” katanya.

Perkasa mempunyai kira-kira 700,000 ahli di seluruh negara, termasuk sayap pemudanya, Wira Perkasa.

Antara tujuan penubuhannya ialah memperkasa Islam sebagai agama Persekutuan; pemerkasaan bahasa Melayu; kedaulatan raja-raja Melayu; dan mempertahan hak keistimewaan Melayu.

Ibrahim juga menegaskan bahawa Perkasa akan kekal di atas pendirian untuk memperjuangkan hak Melayu dan pribumi.

“Justeru, Perkasa menubuhkan satu jawatankuasa untuk melihat hak kesamarataan, termasuk dalam konsep DAP sama seperti Malaysian Malaysia.

“Jawatankuasa ini dibarisi mereka yang mempunyai kepakaran dan bukan pendapat saya seorang,” katanya.

The post PRU14: Perkasa isytihar sokong parti perjuang agenda Melayu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 3479707653936595965

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item