Rahman Dahlan kena baca Dasar Pendidikan Negara

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 2 Rabiulawal 1439H, Selasa – Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) menentang cadangan untuk mewujudkan semula sekolah aliran Inggeris di negara ini.

Presidennya, Ustaz Ismail Mina Ahmad berkata, aliran sekolah sedia ada mengikut Dasar Pendidikan Negara (DPN) ketika ini sudah cukup baik.

Katanya, untuk memperkasakan Bahasa Inggeris, tidak semestinya melalui sekolah Inggeris.

“Misalnya, orang di Eropah, Russia, Jepun dan negara lain menggunakan bahasa ibunda mereka, tetapi mereka tetap fasih berbahasa Inggeris.

“Tengok sekarang, berapa banyak rakyat kita yang boleh bercakap bahasa Arab. Tak perlu pun nak tubuh sekolah Arab.

“Jadi, untuk memperkasakan Bahasa Inggeris tidak perlu pun wujudkan sekolah Inggeris dalam konteks di Malaysia,” katanya mengulas syor Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, supaya sekolah aliran Inggeris diwujudkan semula di negara ini bagi mempertingkat penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Ustaz Mina berkata, Rahman Dahlan sepatutnya berfikir dahulu sebelum mengutarakan apa-apa pandangan.

“Dalam isu ini, saya rasa dia kena hadam dan baca balik salah silah Dasar Pendidikan Negara. Dia kena tengok balik dari Penyata Razak, Penyata Rahman Talib dan lain. Baru boleh bercakap,” katanya.

The post Rahman Dahlan kena baca Dasar Pendidikan Negara appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian