Rakyat Malaysia di Harare, Zimbabwe selamat: Wisma Putra

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu – Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa semua rakyat Malaysia di Harare, Zimbabwe dalam keadaan selamat susulan krisis politik yang semakin tegang di ibu negara itu.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan hari ini berkata, pihaknya sedang memantau dekat perkembangan politik dan ketenteraan berkaitan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Harare.

Sehubungan itu, Wisma Putra menasihatkan rakyat negara yang berhasrat ke Zimbabwe dalam masa terdekat, supaya menangguhkan perjalanan sehingga dimaklumkan kelak.

“Warganegara Malaysia yang telah berada di Zimbabwe adalah diminta untuk menghubungi pihak Kedutaan di talian +263 433 4413 / 4414, +263 77 500 1441 atau melalui e-mel mwharare@kln.gov.my atau Kementerian Luar Negeri di Putrajaya di talian 03-8887 4587 (semasa waktu pejabat), 03-8887 4570 (selepas waktu pejabat) atau melalui e-mel maisarahariffin@kln.gov.my untuk memaklumkan lokasi terkini mereka.

“Mereka adalah dinasihatkan untuk kekal berada di dalam bangunan dan mengelakkan tempat-tempat sesak serta perjalanan pada waktu malam,” kata kenyataan itu.

Beberapa letupan menggegarkan Harare awal pagi ini, dua hari selepas tentera Zimbabwe mengancam campur tangan bagi menamatkan krisis politik di negara itu.

Insiden terbaru di Harare itu turut mencetuskan spekulasi berlakunya rampasan kuasa oleh pihak tentera.

The post Rakyat Malaysia di Harare, Zimbabwe selamat: Wisma Putra appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian