RIYADH, 19 Safar 1439H, Rabu – Arab Saudi menafikan laporan bahawa seorang putera rajanya, Putera Abdulaziz Fahd terbunuh ketika dalam tahanan.

“Khabar angin mengenai Putera Abdulaziz bin Fahd yang tersebar di media adalah tidak benar sama sekali.

“Beliau masih hidup dan sihat,” kata jurucakap Kementerian Penerangan dalam satu kenyataan.

Berita itu sebelum ini tular di media sosial yang mengatakan Putera Abdulaziz maut dalam tahanan ketika kempen antirasuah yang dilaksanakan terhadap golongan elit negara itu.

Terdahulu, beberapa putera raja, menteri dan tokoh ditahan dalam beberapa siri tangkapan susulan penubuhan Suruhanjaya Antirasuah yang diketuai oleh Putera Mahkota Mohammed Salman.

Ia disusuli dengan berita kematian Putera Mansour bin Moqren, yang terbunuh selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Yaman. – Agensi

The post appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian