Scam: Pos Malaysia tak pernah minta maklumat peribadi

BANGI, 10 Rabiulawal 1439H, Rabu – Pos Malaysia menasihatkan orang ramai untuk tidak memberi maklum balas kepada panggilan telefon atau mesej suara yang kononnya dari syarikat itu meminta maklumat peribadi.

Syarikat logistik itu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah meminta maklumat peribadi pelanggan melalui panggilan telefon.

Katanya, sekalipun Pos Malaysia membuat panggilan, ia hanya sekadar meminta nombor rujukan daripada pelanggan.

Baru-baru ini, tular mengenai seorang individu mendapat panggilan telefon kononnya daripada Pos Malaysia yang meminta nama dan nombor kad pengenalan individu terbabit.

Pemanggil itu memberitahu bahawa individu terbabit mempunyai dokumen atau bungkusan yang belum diambil.

Bagaimanapun individu itu enggan memberikan maklumat peribadinya dan menghubungi Pos Malaysia, dan kemudian mengesahkan panggilan tersebut adalah panggilan ‘scam’.

Sehubungan itu Pos Malaysia meminta orang ramai untuk lebih berhati-hati dan tidak mudah untuk memberikan maklumat peribadi kepada individu tidak dikenali.

“Orang ramai diminta menghubungi talian perkhidmatan pelanggannya di 1300300300 atau email di care@pos.com.my jika mahukan penjelasan yang lebih lanjut sekiranya menerima panggilan tersebut yang dikhuatiri merupakan panggilan `scam’,” katanya.

The post Scam: Pos Malaysia tak pernah minta maklumat peribadi appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian