Sebab 10 kes lampau Datuk Seri pukul Rela tidak didakwa disiasat

BANGI, 13 Safar 1439H, Khamis – Polis menyiasat sebab utama lelaki berpangkat Datuk Seri yang ditahan berkaitan kes memukul anggota Rela tidak pernah didakwa, walaupun mempunyai 10 kes jenayah lampau.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, pihaknya akan menggunakan tempoh tahanan reman terhadap lelaki itu, untuk meneliti semua fail yang dikaitkan dengan suspek.

Tidak dinafikan katanya, berkemungkinan kes jenayah lampau tidak didakwa disebabkan faktor kekurangan bukti dan maklumat, atau waran tangkap tidak diserahkan kepada suspek.

“Bagaimanapun, kita akan dapatkan maklumat terperinci melalui siasatan lanjut membabitkan kes jenayah yang dilakukan lelaki itu sejak 2009.

“Suspek kini ditahan reman berhubung kes pukul serta penyalahgunaan dadah dan polis akan menggunakan kesempatan itu bagi menyiasat semua 10 kes lampau itu,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Suspek bergelar Datuk Seri itu kini ditahan reman atas dakwaan memukul tiga anggota Rela.

Dia juga pernah terbabit dalam pelbagai kes jenayah serius antaranya rompakan dan penyalahgunaan dadah.

Selain itu, dia juga pernah ditahan pada 2013 mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dengan kesalahan berkaitan senjata berbahaya.

“Siasatan ke atas 10 kes lampau akan dilakukan Bukit Aman, tetapi kita belum kenal pasti di mana kes jenayah itu dilakukan.

“Apa pun kita kena melihat setiap kes yang dikenakan ke atasnya, selain mendapatkan maklumat mengapa suspek tidak didakwa sebelum ini,” katanya.

The post Sebab 10 kes lampau Datuk Seri pukul Rela tidak didakwa disiasat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian