Sekolah Cina nadi perjuangan politikus Cina

Sumber: www.mca.org.my

SEKOLAH Cina merupakan nadi perjuangan politikus Cina dalam menyebarkan pengaruh mereka agar tidak hilang.

Jika kita sorot perkembangan sekolah Cina di Tanah Melayu sebelum merdeka, kita akan lihat dalam beberapa fasa, 1891-1911, sekolah Cina digunakan sebagai alat propaganda oleh kerajaan Manchu. Mana-mana sekolah Cina yang hendaklah didaftarkan di bawah kementerian pendidikan di Peking.

Kemudian fasa 1911 – 1941 sekolah Cina mula diresapi pengaruh dari Koumintang. Pada tahun 1929 semua sekolah Cina dan guru di Tanah Melayu diarah supaya berdaftar dengan jabatan pelajaran di Nanjing. Buku teks dan silibus pembelajaran dari sana digunakan sebagai medium sokongan kepada perjuangan revolusi Sun Yat Sen.

Kemudian selepas 1941, MCA dan beberapa persatuan Cina seperti dewan perniagaan Cina, Dong Zong, Jia Zong menjadi pelopor kepada perjuangan pendidikan ini. Pada hemat saya, dengan bertambahnya kekuatan ekonomi dan politik cina di Tanah Melayu, sekolah Cina sukar untuk terhapus.

Jika kita mengkaji sejarahnya yang panjang, sekolah Cina memang dari awal tujuan penubuhannya adalah untuk memegang dan memandu agenda bangsa Cina. Cuma kita tidak tahu sejauh mana, pendidikan Cina pada hari ini bebas dari pengaruh luar?

Bak kata penulis Lee Ting Hui dalam salah sebuah artikelnya “Chinese Education in Malaya – Nationalism in the First Chinese Schools” – “Chinese education in Malaya was only a branch of education in China”

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS Institute

The post Sekolah Cina nadi perjuangan politikus Cina appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian