ismakualaterengganu

Siasatan 11 bulan sahkan Mossad bunuh komander dron Briged al-Qassam

BEIRUT, 28 Safar 1439H, Jumaat – Hamas menyalahkan agensi perisikan Israel, Mossad, kerana membunuh salah seorang daripada anggotanya di ...

BEIRUT, 28 Safar 1439H, Jumaat – Hamas menyalahkan agensi perisikan Israel, Mossad, kerana membunuh salah seorang daripada anggotanya di Tunisia, selepas 11 bulan menjalankan siasatan terperinci mengenai kes itu.

Pergerakan Perjuangan Islam Palestin itu berkata, Mohammed al-Zawari, komander dron sayap bersenjata Briged Izzuddin Al-Qassam sejak 2006, ditembak mati di luar rumahnya di Sfax, 270 kilometer di tenggara Tunis pada 15 Disember 2016.

Hamas telah membentuk satu jawatankuasa siasatan selepas pembunuhan itu.

Bercakap pada sidang media di Beirut, Lubnan, hari ini, Anggota Jawatankuasa Pusat Biro Politik Hamas , Mohammed Nazzal menyifatkan operasi Mossad itu sebagai tindakan pengganas.

“Mossad secara rasmi dituduh berada di sebalik pembunuhan yang bukan sahaja suatu tindakan pengganas, malah melanggar kedaulatan negara.

“Tunisia mempunyai maklumat mengenai siasatan ini. Kepentingan negara dan kestabilan awam kini menjadi keutamaan kerana rejim Zionis akan mengulangi perbuatan mereka sekali lagi,” katanya.

Menurut Hamas, Al-Zawari, 49 tahun, adalah jurutera penerbangan yang sedang menyiapkan sebuah dron yang dirahsiakan.

Al-Zawari mendapat pujian daripada Hamas selepas membangunkan dron Ababeel yang digunakan ketika menentang rejim Israel di Semenanjung Gaza pada musim panas 2014.

Laporan lengkap siasatan itu, termasuk secara terperinci mengenai bagaimana pembunuhan telah dirancang dengan teliti dalam tiga peringkat sejak 2015 membabitkan 12 individu, disiarkan dalam laman web Hamas.

Dua individu yang melakukan pembunuhan itu memiliki pasport Bosnia. Salah seorangnya yang bernama Chris Smith, telah mendaftar dengan Sekolah Kejuruteraan Tunisia, universiti sama di mana Al-Zawari belajar untuk memperoleh ijazah kedoktoran.

Laporan menyebut, Smith, yang berminat melihat dan mempelajari inovasi dron menawarkan satu projek kepada Al-Zawari, mengatakan ianya disokong oleh Kesatuan Eropah. Bagaimanapun, Al-Zawari menolak kerana curiga terhadap Smith.

Dalam kejadian 15 Disember tahun lalu, Al-Zawari ditembak beberapa das ketika berada di dalam sebuah kereta di luar rumahnya. Siasatan mendapati empat kereta digunakan dalam serangan itu.

Berikutan itu, enam warga Tunisia, termasuk seorang wartawan Tunisia berpangkalan di Hungary bersama jurukamera, ditangkap. – Agensi

The post Siasatan 11 bulan sahkan Mossad bunuh komander dron Briged al-Qassam appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 4006157692287762045

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item