SPM 2017 bermula 6 November
BANGI, 12 Safar 1439H, Rabu – Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2017 akan bermula pada 6 November hingga 4 Disember ini.
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, 443, 883 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM tahun ini di 3,363 pusat peperiksaan yang akan dibuka di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 87 peratus calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, manakala selebihnya calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain KPM, Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat, sekolah swasta berdaftar serta calon persendirian.
“Seramai 35,341 petugas peperiksaan telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar seperti dijadualkan.
“Lembaga Peperiksaan ingin mengingatkan semua calon agar merujuk kepada jadual waktu peperiksaan untuk maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan dan amaran yang perlu dipatuhi ketika peperiksaan tersebut berlangsung.
“Jadual waktu peperiksaan boleh dimuat turun di laman web Lembaga Peperiksaan di lp.moe.gov.my. Calon diingatkan supaya membawa kad pengenalan masing-masing ke pusat peperiksaan bagi memastikan pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan lancar,” kata kenyataan itu.
The post SPM 2017 bermula 6 November appeared first on Portal Islam dan Melayu.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan