Stesen Keretapi Bank Negara ditutup seminggu

KUALA LUMPUR, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Stesen Keretapi Bank Negara akan ditutup seminggu bagi pengalihan 12 gerabak kargo yang terbalik, awal pagi tadi.

Penutupan itu adalah untuk melaksanakan proses pengalihan gerabak yang menghalang laluan keretapi.

Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, nahas punca kejadian masih dalam siasatan.

“Namun, siasatan awal mendapati 120 tapak konkrit yang menampung rel telah mengalami korasakan sepanjang 200 meter.

“Jadi, kita perlu mengalihkan gerabak tersebut untuk proses baik pulih semula tapak konkrit yang telah rosak,” katanya seperti dilapor Malaysia Gazette.

Kira-kira jam 2.58 pagi tadi, 12 gerabak tren kargo yang membuat perjalanan menuju ke arah Selatan tergelincir di antara Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur.

Insiden itu menyebabkan tren tidak dapat menggunakan laluan di antara Stesen Segambut, Stesen Putra, Stesen Bank Negara dan Stesen Kuala Lumpur.

 

The post Stesen Keretapi Bank Negara ditutup seminggu appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian