ismakualaterengganu

Suspek ditangkap di Arab Saudi dakwa diseksa dedah maklumat

Risiko tumbangnya kerajaan Arab Saudi sekarang adalah tinggi RIYADH, 22 Safar 1439H, Sabtu – Beberapa tokoh kanan yang ditangkap dalam o...

Risiko tumbangnya kerajaan Arab Saudi sekarang adalah tinggi

RIYADH, 22 Safar 1439H, Sabtu – Beberapa tokoh kanan yang ditangkap dalam operasi pembersihan antirasuah di Arab Saudi sejak Sabtu lalu, dipercayai dipukul dan diseksa dengan teruk ketika disoal siasat, sehingga memerlukan rawatan hospital.

Media melaporkan sehingga kini, jumlah mereka yang ditangkap melebihi 500 orang, dua kali ganda daripada yang didakwa kerajaan Arab Saudi.

Kerabat diraja, menteri, dan tokoh perniagaan ditangkap sejak Sabtu lalu dalam operasi mengejut diketuai Putera Mahkota Mohammed bin Salman dengan alasan membasmi rasuah.

Sesetengah mereka yang ditahan itu dilaporkan mengalami kecederaan serius akibat diseksa ketika dalam tahanan. Mereka dikatakan didera supaya mendedahkan secara terperinci maklumat akaun peribadi bank masing-masing.

Sehingga kini, laporan menyebut bahawa jumlah aset yang telah dibekukan melebihi AS$600 bilion.

Operasi besar-besaran itu, dimulakan dengan penangkapan beberapa ulama, penulis, pakar ekonomi dan orang terkenal, menyebabkan keadaan panik di Riyadh, terutama bagi mereka yang rapat dengan bekas Raja Arab Saudi, Raja Abdullah, yang meninggal dunia pada 2015, di mana kuasa kemudian diserahkan kepada adik tirinya, Raja Salman.

Raja Abdullah adalah anak kepada Raja Abdulaziz Bin Al-Saud dengan isterinya, Fahda anak ketua suku puak yang kuat, Shammari, Asi bin Shuraim Al Shammari.

Ramai bimbang tujuan utama tindakan yang digerakkan oleh Putera Mahkota Mohammed sekarang ini bertujuan membalas dendam terhadap mereka yang di dalam dan di luar keluarga diraja, sebelum beliau menaiki takhta menggantikan bapanya yang kini berusia 81 tahun.

Pada malam Rabu lalu, tujuh putera raja dibebaskan daripada tahanan di Hotel Ritz-Carlton di Riyadh. Putera raja yang lebih kanan dipindahkan ke istana raja.

Laporan juga menyebut, harta bekas Putera Mahkota Mohammed bin Nayef, yang sebelum ini dikenakan tahanan rumah, juga dibekukan. Bapanya, Putera Nayef Bin Abdulaziz Al-Saud adalah dua beradik seibu sebapa dengan Raja Salman dari suku puak Sudairi.

Anak-anak Putera Sultan bin Abdulaziz (dua beradik seibu sebapa dengan Raja Salman), terutama Bandar bin Sultan, antara putera raja Arab Saudi paling terkenal dan bekas Duta Arab Saudi ke Washington, turut ditangkap.

Pihak berkuasa Arab Saudi berkata, salah satu kes rasuah yang disiasat terhadap Putera Bandar adalah berkaitan perjanjian pembelian senjata al-Yamamah di mana beliau turut terbabit.

Putera Bandar dilaporkan membeli perkampungan di Costwolds, satu kawasan yang indah di tengah England dan estet seluas 2,000 ekar, di mana pembelian itu dikatakan adalah hasil daripada perjanjian senjata al-Yamamah, yang memberi kontrak kepada syarikat pembuat pesawat tempir, BAE bernilai AS$56.5 bilion.

Kira-kira AS$30 juta didakwa dibayar kepada Putera Bandar menerusi akaun di Bank Riggs di Washington. Perjanjian itu juga kini disiasat di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom.

Laporan juga menyebut anak perempuan jutawan yang sebelum ini ditahan, Al-Waleed bin Talal, turut ditangkap.

Bagi menghalang pihak tertentu melarikan diri, Putera Mahkota juga dilaporkan mengeluarkan arahan supaya semua akaun bank mereka dibekukan.

Sebelum ini, tiada siapa yang menjangkakan operasi besar-besaran akan dijalankan, khususnya terhadap kerabat diraja yang lebih kanan dalam keluarga Al-Saud.

Operasi pembersihan terhadap putera raja yang belum pernah berlaku dalam sejarah moden Arab Saudi, menyebabkan kestabilan keluarga diraja mula bergoncang.

Kali terakhir konflik dalam keluarga diraja Arab Saudi berlaku ialah ketika Raja Saud bin Abdulaziz Al-Saud digulingkan oleh adiknya, Putera Faisal pada 1964. Dalam kes itu, Putera Faisal mengarahkan Pengawal Kebangsaan mengepung istana raja, tetapi Raja Saud sendiri tidak pernah dikhianati dan dengan rela turun daripada takhta.

Sebelum menjadi Putera Mahkota, Putera Mohammed bin Salman memberi jaminan tiada siapa yang akan terlepas daripasa kes rasuah, walaupun mereka adalah putera raja atau menteri.

Turut menjadi sasaran Putera Mahkota ialah sepupunya daripada jalur Sudairi membabitkan keluarga Raja Fahd bin Abdulaziz (Raja Arab Saudi dari 1982 hingga 2005); Raja Abdullah bin Abdulaziz (Raja Arab Saudi dari 2005 hingga 2015); Putera Sultan bin Abdulaziz dan Putera Nayef bin Abdulaziz.

Raja Salman adalah salah seorang daripada adik beradik Sudairi, suku puak yang mendominasi kerajaan Arab Saudi sejak 40 tahun lalu. Seorang lagi daripada suku Sudairi, Ahmed bin Abdulaziz, disingkirkan daripada keluarga kerabat diraja.

Raja Salman menaiki takhta selepas dua abangnya, Putera Sultan dan Putera Nayef, meninggal dunia ketika menjadi Putera Mahkota.

Walaupun, kedudukannya untuk menjadi Raja Arab Saudi tidak jauh, Raja Abdullah meninggal dunia sebelum sempat menulis perisytiharan bahawa Raja Salman adalah penggantinya.

Mengikut sejarah, asal keluarga diraja Arab Saudi adalah daripada suku kaum nomad yang tinggal di satu perkampungan yang kini dikenali sebagai Riyadh.

Dalam budaya masyarakat Bedouin, tindakan terhadap sepupunya tidak boleh dimaafkan atau dilupakan. Penghinaan secara umum, selain membekukan aset mereka, dilihat sebagai tamparan kepada kehormatan mereka, di mana anggota keluarga yang terselamat dipertanggungjawabkan untuk membalas dendam.

Sementara itu, tindakan Putera Mahkota Mohammed terhadap ahli perniagaan terkenal negara itu juga disifatkan sebagai terlalu berisiko.

Antara tokoh perniagaan terkenal yang ditangkap ialah Bakr bin Laden, pemilik syarikat pembinaan terbesar Arab Saudi, Bin Ladin Group.

Bin Ladin Group melaksanakan pelbagai projek utama sejak berdekad lalu dan mempunyai rangkaian sub-kontraktor yang dilantiknya. Bagaimanapun, syarikat itu dituduh terbabit dalam memberi rasuah kepada pegawai kerajaan.

Beliau telah menguruskan program pembinaan terbesar selama beberapa dekad melalui satu senarai sub-kontraktor yang dibayar secara langsung.

Menurut sistem piramid, apabila sesebuah syarikat dikeluarkan daripada senarai teratas, sub-kontraktor di bawahnya tidak akan mendapat bayaran dan ini akan menjejaskan industri pembinaan.

Sesetengah menteri yang dilantik oleh Putera Mahkota Mohammed, juga turut ditangkap dalam operasi besar-besaran itu.

Bekas Menteri Ekonomi dan Perancangan, Adel Fakeih, yang mempelopori usaha penswastaan dan Wawasan 2030 Putera Mahkota, turut ditangkap pada 4 November lalu.

Kestabilan dan kekuatan Arab Saudi berdiri di atas tiga asas utama iaitu perpaduan dalam keluarga Al-Saud; karakter negara Islam dan kesetiaan komuniti perniagaan dalam negara. Tetapi dengan menghancurkan ketiga-tiganya, risiko untuk tumbangnya kerajaan Arab Saudi adalah tinggi. – Agensi

The post Suspek ditangkap di Arab Saudi dakwa diseksa dedah maklumat appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 7064621204685992280

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item