Suspek rempuhan trak New York minta bendera Daesh dipasang di bilik hospital

NEW YORK, 13 Safar 1439H, Khamis – Suspek yang merempuh orang ramai menggunakan trak di Lower Manhattan, New York, kelmarin mendakwa terpengaruh dengan seruan militan Daesh menerusi atas talian, kata pendakwa raya Amerika Syarikat (AS).

Sayfullo Saipov berasal dari Uzbekistan dikatakan memilih hari Halloween kerana dia tahu lebih ramai orang akan berada di jalanan. Dalam serangan itu, lapan terbunuh, manakala lebih sebelas cedera.

“Malah, ketika dia cedera di hospital akibat tembakan, Saipov meminta untuk meletakkan bendera Daesh di dalam biliknya dan menyatakan dia gembira dengan apa yang telah dilakukannya,” kata pendakwa raya itu dalam kertas pertuduhan mahkamah.

Saipov dibawa ke mahkamah dengan kerusi roda untuk menghadapi tuduhan, yang boleh membawa hukuman mati.

Sementara itu, FBI berkata, ia ingin menyoal siasat orang kedua dari Uzbekistan, Mukhammadzoir Kadirov yang berusia 32 tahun, dan telah menemuinya.

Seorang pegawai penguatkuasa undang-undang berkata, Kadirov mungkin tidak mempunyai peranan dalam kes itu, tetapi penyiasat curiga apabila mereka tidak dapat mencarinya kerana dia adalah salah seorang rakan Saipov.

Saipov, yang dituduh memandu trak Home Depot yang disewa pada kelmarin, dituduh memberi sokongan material kepada kumpulan pengganas, melakukan keganasan dan kemusnahan kenderaan bermotor, serta mengakibatkan kematian.

Pendakwa berkata, Saipov mempunyai 90 video dan 3,800 gambar pada salah satu daripada dua telefon bimbitnya, yang kebanyakannya berunsurkan propaganda berkaitan ISIS, termasuk imej banduan yang dipancung dan ditembak.

Ketika disoal di hospital, Saipov berkata, dia telah diilhamkan oleh video ISIS yang ditonton di telefon bimbitnya dan mula merancang serangan sekitar setahun lalu, dan memutuskan untuk menggunakan trak kira-kira dua bulan lalu.

Dalam beberapa minggu lalu, melalui internet, Saipov mencari maklumat mengenai Halloween di New York dan untuk menyewa trak.

Saipov juga menyewa sebuah trak pada 22 Oktober untuk berlatih dan dia pada mulanya berharap untuk melalui laluan basikal di seluruh Manhattan untuk melanggar lebih banyak pejalan kaki di Jambatan Brooklyn.

Dia juga mahu memaparkan bendera Daesh di atas trak ketika serangan itu, tetapi memutuskan tidak mahu berbuat demikian kerana enggan menarik perhatian, kata pihak berkuasa. – Agensi

The post Suspek rempuhan trak New York minta bendera Daesh dipasang di bilik hospital appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian