ismakualaterengganu

Tangan-tangan ghaib: Saya tak tuduh mana-mana pihak, kata Presiden Perkid

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin KUALA LUMPUR, 14 Safar 1439H, Jumaat – Sebanyak 16 soalan telah dijawab oleh Presiden Pertubuhan Kebajika...

Oleh Mohd Firdaus Salleh Hudin

KUALA LUMPUR, 14 Safar 1439H, Jumaat – Sebanyak 16 soalan telah dijawab oleh Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islam Malaysia (Perkid), Ustaz Masridzi Sat ketika memberi keterangan kepada pihak polis di IPD Dang Wangi hari ini.

Beliau memberi keterangan kepada dua orang pegawai polis hampir tiga jam bagi melengkapkan siasatan berikutan satu laporan polis berhubung artikel bertajuk ‘Tangan-tangan ghaib lindungi sindiket jenayah’ yang disiarkan di Ismaweb.net pada 24 Oktober lepas.

“Kita bercakap tidak menuduh sesiapa. Saya menggunakan ayat berlapik. Perkataan kalau, seolah-olah digunakan.

“Saya buat kenyataan kerana ia adalah persoalan masyarakat. Mereka nak tahu kenapa Yusuf Azmi selalu sangat ditangkap? Kenapa pihak di sana tidak berlaku tindakan? Kenapa di sini buat tindakan?

“Persoalan sekarang kita fokus kepada keadilan dalam pelaksanaan tindakan report. Kalau pihak sana buat report dan ambil tindakan, pihak sini pun boleh buat report dan kena ambil tindakan. Berlaku adil,” katanya kepada pemberita.

Katanya lagi, sekiranya tidak berlaku keadilan dalam siasatan, maka akan berlaku penganiayaan kepada mana-mana pihak.

Ustaz Masridzi dipanggil memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini bagi membantu siasatan kes berkaitan satu artikel yang disiarkan di Ismaweb pada 24 Oktober lepas yang bertajuk ‘Tangan-tangan ghaib lindungi sindiket jenayah’.

Setakat hari ini, tiada pertuduhan dikenakan ke atas Ustaz Masridzi.

“Kita melontarkan persoalan yang masyarakat nak jawapan daripada kita. Pihak berkaitan perlu memberi penjelasanlah sepatutnya. Mereka responlah persoalan kita.

“Tak perlulah pergi siasat nak tuduh saya buat fitnah ke, nak kata kita buat macam tuduhan palsu ke, tak ada. Kita tak sebut, tak fokus pada sesiapa.

“CUma persoalan yang dibangkitkan oleh masyarakat di peringkat bawahan perlu kita jawab,” katanya.

Ustaz Masridzi berkata pihaknya mengakui pihak polis sudah melakukan tanggungjawab tapi jangan sampai menaikkan isu ini seolah-olah dirinya dianggap bermasalah.

“Jangan timbulkan isu ini seolah-olah menampakkan kami sebagai orang yang bermasalah atau orang yang jahat atau berniat jahat kepada mana-mana pihak. Tidak, tak benar.

“Tetapi persoalan daripada masyarakat bawahan yang melihat kes ini, mereka ada persepsi yang mereka kena jelaskan.

“Kalau tidak, masyarakat akan bawa satu momentum bahawa kau cakap nanti kau kena. Siapa berani cakap, nanti kau pulak kena!

“Jadi istilahnya nanti akan orang yang teraniaya, akan terus teraniaya, dan kes yang sepatutnya kita beri tumpuan, kes itu akan lepas begitu saja, tak diberikan tumpuan. Ini maksud saya,” katanya.

The post Tangan-tangan ghaib: Saya tak tuduh mana-mana pihak, kata Presiden Perkid appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 511345718307595195

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item