Tiada aktiviti seismik ekoran tular gambar ikan terdampar di pantai

KUALA LUMPUR, 29 Safar 1439H, Sabtu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengesahkan tiada aktiviti seismik yang signifikan berlaku di Lautan Hindi susulan tular kejadian ikan terdampar di pantai dan ramalan gempa bumi besar di perairan berkenaan.

Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata pihaknya mempunyai rangkaian pemantauan gempa bumi dan tsunami yang lengkap termasuk data antarabangsa seperti pautan data dengan pusat pusat pemantauan gempa bumi di Indonesia, India dan Australia yang memantau aktiviti seismik di Lautan Hindi.

“Justeru, MMD berupaya memberikan maklumat gempa bumi dan amaran awal tsunami sekiranya berlaku kejadian gempa bumi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kejadian ikan terdampar di pantai dan tangkapan ikan yang banyak oleh nelayan yang kononnya menunjukkan akan berlaku bencana pada hujung tahun ini.

Turut tular surat seorang profesor yang mendakwa memiliki persepsi deria tambahan yang dihantar kepada Perdana Menteri India Narendra Modi untuk memberi amaran bahawa gempa bumi besar akan melanda Lautan Hindi bulan depan.

Alui berkata, MMD selaku jabatan yang bertanggungjawab memantau kejadian gempa bumi di rantau ini akan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami sekiranya ia mengancam kawasan pantai negara ini. – Bernama

The post Tiada aktiviti seismik ekoran tular gambar ikan terdampar di pantai appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian