Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan di masjid Al Rawdah: Wisma Putra

PUTRAJAYA, 6 Rabiulawal 1439H, Sabtu – Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terjejas akibat serangan maut di masjid Al Rawdah di perkampungan Al Radwa, Utara Sinai, Mesir, semalam.

Serangan itu, yang berlaku semasa solat Jumaat, mengorbankan 235 orang dan mencederakan 109 orang yang lain.

Wisma Putra, dalam kenyataan pada Sabtu, berkata Kementerian Luar memantau rapi keadaan itu, dan kedutaan Malaysia di Kaherah sentiasa berhubung dengan pihak berkuasa tempatan.

Menurut kenyataan itu, kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengecut itu.

“Malaysia turut merakamkan takziah yang mendalam kepada kerajaan dan rakyat Mesir, serta keluarga mangsa yang terjejas akibat serangan itu,” kata kementerian berkenaan.
​​​​​​​
​​​​​​​Kementerian itu turut mengingatkan semua rakyat Malaysia di Mesir agar sentiasa berwaspada pada setiap masa.

Rakyat Malaysia di Mesir juga dinasihati agar menghubungi Kedutaan Malaysia di Kaherah menerusi talian +2 02 3761 0013, +2 012 0027 6388 atau e-mel mwcairo@kln.gov.my untuk maklumat lanjut.

Menurut laporan media tempatan (seperti yang dipetik Al-Jazeera), penyerang meledakkan bahan letupan sebelum melepaskan tembakan ke arah jemaah masjid.

Sehingga kini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan itu, menurut laporan media itu. -Bernama

The post Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat serangan di masjid Al Rawdah: Wisma Putra appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian