Tolak atau berkecuali, Bajet 2018 tetap lulus, sindir PAS

BANGI, 26 Safar 1439H, Rabu –Keputusan pengundian Bajet 2018 di Parlimen tetap akan lulus, meskipun beberapa pemimpin PAS mengambil pendirian berkecuali, kata Dr Azman Ibrahim.

Beliau yang merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, semua ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) sudah tentu mengundi bagi menyokong bajet itu.

“Kalaupun 100 daripada mereka terkena cirit-birit dan tidak dapat hadir masa pengundian dibuat, bajet tetap akan lulus, justeru PAS memilih untuk berkecuali.

“Saya tak nak bincangkan apa yang akan berlaku andai Bajet 2018 ditolak oleh Parlimen sebab itu hanya mimpi dan ilusi.

“Macam mana kita nak bincang andaian Bajet 2018 ditolak sedangkan kita adalah minoriti? Itu perbincangan yang membuang masa sahaja,” katanya di petik Harakah Daily.

Beliau berkata demikian mengulas Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 dengan peruntukan RM280.25 bilion yang telah diluluskan, dengan sokongan 107 wakil rakyat BN berbanding 59 ahli Parlimen yang membantah.

Dalam masa sama, Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad memuat naik senarai nama 23 wakil rakyat termasuk daripada PAS dan DAP yang berkecuali.

Antara yang berkecuali, Tuan Haji Abdul Hadi bin Haji Awang, Tuan Ibrahim Mahmood, Tuan Haji Nik Abdullah bin Haji Arshad dan beberapa lagi pemimpin PAS yang lain.

“Renung fikir dengan fakta. Saya salin daripada handsard Parlimen. Simpan sikit nafsu yang hendak marah kepada PAS. PAS tenang saja,” katanya.

The post Tolak atau berkecuali, Bajet 2018 tetap lulus, sindir PAS appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian