Turki bakal hasilkan kereta buatan tempatan menjelang 2021

ISTANBUL, 14 Safar 1439H, Jumaat – Turki bakal mengeluarkan kereta buatannya sendiri menjelang 2021, menerusi jalinan usaha sama dengan lima buah syarikat, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA).

Majlis pelancaran usaha sama itu berlangsung di Istana Presiden dan dihadiri Presiden Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri, Binali Yildirim dan Menteri Sains, Industri dan Teknologi, Faruk Ozlu.

Lima syarikat tersebut ialah – Anadolu Group, BMC, Kiraca Holding, Turkcell dan Zorlu Holding.

Erdogan, mengucapkan terima kasih kepada syarikat berkenaan, di atas usaha sama yang terjalin dan berjanji akan menyokong penuh usaha itu.

Beliau berharap prototaip pertama kereta buatan tempatan itu dapat disiapkan pada 2019 dan jualan bermula pada 2021.

“Kita akan menghasilkan kereta tempatan Turki yang pertama, dengan reka bentuk dan teknologi terbaik untuk negara dan dunia,” katanya.

Menurut Erdogan, adalah memalukan kerana Turki berada di belakang dalam industri pembuatan kereta, sedangkan pada tahun lepas sahaja lebih 750,000 kereta telah terjual.

Turki pernah menghasilkan kereta tempatan pada 1961, yang dipanggil Devrim (Revolusi), namun projek itu gagal. – Bernama

 

The post Turki bakal hasilkan kereta buatan tempatan menjelang 2021 appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian