Ungkapan ‘kepala bapak kau’ Najib kasar, tidak sopan: Pakar bahasa

Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, 20 Safar 1439H, Khamis – Ungkapan ‘Kepala bapak kau’ yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyampaikan ucapan di Perhimpunan Agung MCA, agak kasar dan tidak sopan, kata Prof Dr Teo Kok Seong.

Beliau yang merupakan Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata, sebagai pemimpin tertinggi negara, Najib tidak patut mengeluarkan kenyataan dalam bentuk makian sebegitu.

Dari segi istilah bahasa katanya, ‘kepala bapak kau’, ‘bodoh’, adalah satu bahasa yang tidak sopan dan agresif dalam masyarakat kita.

“Dalam masyarakat Melayu, kalau sebut ‘kepala bapak kau’, suatu yang kasar. Jika guna kepala kau boleh tahan lagi, ini kepala bapak. Bila perkataan bapak, boleh timbul kemarahan.

“Waktu kita kecil dulu, bila bergaduh dengan kawan, bila kawan sebut bapak kau, mesti kita marah dan bergaduh. Kalaau kawan sebut tentang kita tak apa, boleh tahan lagi, tapi kalau sebut istilah bapak memang boleh marah,” katanya ketika dihubungi Ismaweb, hari ini.

Ahad lalu, Najib mengungkapkan ‘kepala bapak engkau’, ‘stupid’, ‘bodoh’ – di hadapan ultra kiasu Cina ketika perhimpunan agung parti anti-Islam MCA.

Ungkapan itu ditujukan kepada pakatan pembangkang yang berhasrat untuk mengkaji semula kerjasama Malaysia-China sekiranya berjaya mengambilalih pentadbiran Putrajaya.

Mengulas lanjut Prof Kok Seong yang juga pakar bahasa berkata, ketika mana Najib menyebut istilah itu, ia sekaligus menunjukkan kehemahan Najib sebagai pemimpin nombor satu negara sudah menurun.

“Bagi saya kita kena berjiwa besar, kita tidak boleh menggunakan bahasa dan cara sebegitu. Tak sopan terhadap pihak yang ditujukan. Tidak menunjukkan kehemahan dalam diri beliau.

“Jadi, cuba kawal diri, sebagai pemimpin, selalu diperhati banyak pihak bila keluar kenyataan tidak baik. Ia berbalik kepada kita. Orang memandang kita sebagai tidak berhemah,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, ada sebab Najib mengeluarkan ungkapan itu.

“Kita harus faham sebab apa seseorang itu menggunakan bahasa yang tidak baik. Dalam insiden ini, perdana menteri tidak senang dengan orang yang pernah memaki hamunnya.

“Beliau bertindak sedemikian selepas diprovokasi oleh pihak lain. Beliau manusia biasa, mungkin pada waktu itu beliau hilang pertimbangan sekejap. Beliau terlepas cakap,”katanya.

The post Ungkapan ‘kepala bapak kau’ Najib kasar, tidak sopan: Pakar bahasa appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian