Ustaz Haslin mohon menghadap Sultan Johor

BANGI, 12 Safar 1439H, Rabu – Penceramah bebas, Ustaz Haslin Baharim memohon untuk menghadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, bagi memberi penjelasan sekiranya wujud salah faham sehingga dilarang menyampaikan ceramah di negeri itu.

Yakin tidak melakukan sebarang kesalahan, beliau berkata, sudah dua tahun tidak pergi ke Johor untuk mengadakan ceramah atas alasan kesihatan.

“Saya cukup yakin yang Sultan Johor ini sangat terbuka dengan rakyatnya dan sangat bijaksana.

“Saya tidak takut untuk berjumpa dan menjelaskan salah faham ini terutama kepada pegawai agama Johor tersebut. Bagi saya berani kerana benar takut kerana salah,” katanya seperti dilapor portal berita.

Selepas Singapura, Johor hari ini turut memutuskan Ustaz Haslin dan Ulama terkenal yang juga Mufti Zimbabwe, Sheikh Ismail Menk dilarang menyampaikan ceramah di negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim berkata, larangan itu dikeluarkan berikutan pandangan mereka yang boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.

Katanya, kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

Bagaimanapun jelas Ustaz Haslin, beliau tidak merasa bersalah, dan beranggapan maklumat mengenai dirinya tidak tepat.

“Saya tak buat masalah dengan orang. Kalau orang ada masalah dengan saya, saya berharap mereka berjumpalah dengan saya, daripada buat begini,” katanya.

The post Ustaz Haslin mohon menghadap Sultan Johor appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian