Video tular di Indonesia bapa pukul pelajar, bukan guru

JAKARTA, 18 Safar 1439H, Selasa – Satu video yang memaparkan seorang pelajar dipukul oleh seorang lelaki dalam kelas di sebuah sekolah di Indonesia menjadi tular di media sosial.

Lelaki di dalam video yang memukul pelajar tersebut pada awalnya didakwa seorang guru di sekolah itu.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pendidikan Dasar dan Menengah Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Hamid Muhammad menyangkal dakwaan itu, lapor portal berita negara itu.

Beliau berkata, perbuatan itu dilakukan oleh seorang bapa yang marah berikutan anaknya dicabuli pelajar tersebut.

Hamid juga menafikan laporan media yang mengatakan perkara itu berlaku di SMP 10 Pangkal Pinang.

“Setelah kami selidiki, ternyata ada indikasi video kelmarin (yang tural) itu terjadi di Kota Pontianak. Tapi kami masih mencari sekolahnya di mana, dan ini baru informasi awal ya,” kata Hamid ketika ditemui pemberita di Kompleks Kemendikbud, Jakarta Pusat.

Video yang berdurasi 37 saat itu, memaparkan aksi pukulan oleh seorang lelaki dewasa, yang sebelumnya disangka seorang guru, kepada seorang pelajar di dalam kelas.

Selain dipukul, pelajar itu juga ditendang tanpa belas kasihan di hadapan pelajar yang lain.

The post Video tular di Indonesia bapa pukul pelajar, bukan guru appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian