Wanita Rohingya mangsa rogol askar rejim Myanmar: PBB

RAKHINE, 24 Safar 1439H, Isnin – Tentera Myanmar menyasarkan untuk merogol wanita Muslim Rohingya secara sistematik, kata Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Wakil khas Setiausaha Agung PBB, Pramila Patten keganasan seksual di Rakhine adalah diperintah, dirancang dan dilakukan oleh angkatan bersenjata Myanmar.

“Saya mendengar cerita-cerita yang mengerikan mengenai rogol dan perkosaan secara beramai-ramai, dengan ramai wanita dan anak perempuan yang meninggal akibat rogol.

“Bentuk keganasan seksual yang diceritakan daripada mereka yang terselamat termasuk dipaksa bogel dan dipaksa menjadi hamba seksual dalam kem askar.

“Seorang mangsa yang menceritakan, dia ditahan dalam tahanan angkatan tentera Myanmar selama 45 hari, di mana dia telah berkali-kali dirogol, manakala yang lain masih mengalami parut, dan tanda gigitan yang membuktikan penyeksaan mereka,” kata Patten pada sidang media di Dhaka, semalam, selepas melawat tenggara Cox’s Bazar.

Patten memaklumkan, keganasan seksual adalah antara sebab utama di sebalik penghijrahan Rohingya.

“Ancaman dan keganasan seksual yang meluas adalah jelas menjadi faktor pemacu dan pendorong terhadap pemindahan secara besar-besaran,” katanya – Agensi

The post Wanita Rohingya mangsa rogol askar rejim Myanmar: PBB appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian