Warga Israel dikecam bergambar di Masjid Nabawi, muat naik dalam Facebook

MADINAH, 4 Rabiulawal 1439H, Khamis – Foto seorang warganegara Israel menjadi tular dan mendapat kecaman di laman sosial kerana bergambar di Masjid Nabawi, Madinah.

Lelaki yang bernama Ben Tzion itu dilaporkan memuatnaik gambar tersebut di laman Facebooknya.

Tindakannya itu, menimbulkan kemarahan netizen hingga tercetusnya hashtag tular berbahasa Arab menyatakan “Seorang Zionis di Masjid Nabi”.

Ramai yang menyatakan kekecewaan mereka melihat gambar sedemikian.

Tzion dilaporkan turut mempunyai sejarah memuatnaik gambar di lokasi agama di seluruh Timur Tengah, dari Iran ke Jordan.

Dalam temu bual dengan akhbar Israel, dia berkata, adalah hobinya melawat negara-negara Islam.

“Walaupun orang bukan Islam dilarang masuk ke bandar Makkah, tempat keagamaan di Madinah terbuka kepada orang ramai,” kata Tzion.

Tzion, yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Rusia dan Israel, tidak mendedahkan pasport mana yang digunakannya untuk memasuki Madinah tetapi menegaskan bahawa dia selalu melancong secara sah dan dengan kertas kerja yang sesuai.

Pengguna media sosial turut menggesa pengurusan laman sosial Instagram untuk memadam akaun Tzion.

Menurut BBC, kontroversi ini muncul ketika hubungan antara Israel dan Arab Saudi bertambah baik di berikutan kebimbangan strategik yang sama terhadap Iran.

Malah, Ketua tentera Israel, Jeneral Gadi Eizenkot berkata bahawa Israel bersedia berkongsi maklumat perisik dengan Arab Saudi.

Seorang pembangkang Saudi yang tinggal di London, Dr Saad al-Faqih, mendakwa di Twitter bahawa alasan lawatan Tzion itu adalah “persahabatan peribadi” dengan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman. – Agensi

The post Warga Israel dikecam bergambar di Masjid Nabawi, muat naik dalam Facebook appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian