ismakualaterengganu

Zamihan Mat Zin kena tutup mulut atau keluar: Nur Jazlan

JOHOR BAHRU, 23 Safar 1439H, Ahad – Kementerian Dalam Negeri (KDN) kecewa dengan sikap ustaz kontroversi, Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang d...

JOHOR BAHRU, 23 Safar 1439H, Ahad – Kementerian Dalam Negeri (KDN) kecewa dengan sikap ustaz kontroversi, Zamihan Mat Zin Al-Ghari yang dilihat terus-terusan memperlekehkan amaran dan nasihat yang diberikan oleh pelbagai pihak terhadap kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, kenyataan yang dikeluarkan oleh Zamihan yang dilihat menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini, berkaitan pembinaan bangunan kekal Pusat Keamanan Antarabangsa Raja Salman (KSCIP) tidak wajar diutarakan oleh seorang yang dikatakan sebagai ‘aset’ penting kerajaan.

“Kita kecewa kerana sebelum ini dia (Zamihan) telah mencabar institusi diraja, keagamaan dan baru-baru ini Perdana Menteri pula jadi sasarannya. Kita memang tidak mempertikaikan kewibawaan beliau dalam menjalankan tugas di KDN tetapi sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau tidak boleh bertindak secara peribadi.

Walaupun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi pengiktirafan kepada kebolehan beliau, saya tetap mahu dia tutup mulut, berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan dan kalau memang dia tidak boleh menerima dasar kerajaan, dia boleh keluar,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Nur Jazlan berkata demikian ketika mengulas video Zamihan berdurasi 2 minit 27 saat yang viral baru-baru ini yang mengeluarkan kenyataan menyifatkan tindakan Perdana Menteri membenarkan pembinaan KSCIP sebagai satu tindakan yang ‘kurang cerdik’.

Menurut Nur Jazlan, sebagai pegawai KDN, Zamihan juga perlu berhati-hati dengan kenyataan yang dikeluarkannya terutamanya dalam hal-hal berkaitan keganasan dan tidak menolak kemungkinan mempertimbangkan semula peranan Zamihan di KDN.

“Setiap perkataan yang beliau keluarkan kepada awam itu menggambarkan imej dan integriti KDN. Saya juga minta beliau untuk tidak mensensasikan keadaan keganasan yang agak tegang yang sedang berlaku di Timur Tengah.

“Segala pertuturan beliau dipantau dan boleh menimbulkan masalah, jadi saya minta beliau untuk senyap. Sekiranya beliau masih juga berdegil dan masih memberikan kesulitan kepada KDN, kita mungkin akan nilai kembali peranan dia kepada kementerian dalam mendamaikan tahanan pengganas.

Katanya, tindakan mempersoalkan pembinaan KSCIP di atas tanah seluas 16 hektar di Putrajaya juga dilihat bertentangan dengan dasar kerajaan yang telah menjalin kerjasama yang baik dengan Kerajaan Arab Saudi lebih-lebih lagi KSCIP merupakan ilham peribadi Raja Arab Saudi Raja Salman Abdulaziz Al-Saud.

“Kenapa dia (Zamihan) perlu mempersoalkan pembinaan KSCIP, sedangkan kos pembinaan ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan Arab Saudi dan pembinaan bangunan tersebut juga boleh membantu kepada pembangunan agama Islam dalam negara.

“Dia sebagai seorang anggota kerajaan tidak boleh memberikan pandangan peribadi, itu melanggar dasar yang dibuat oleh kerajaan, kalau dia tak suka dia kena berhenti lah,” tegasnya.

Zamihan merupakan seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang dipinjamkan kepada KDN dan kini ditempatkan di Jabatan Penjara Malaysia sebagai pegawai pemulihan pengganas dan penjenayah ekstremis.

Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) dan merupakan Penolong Setiausaha Kanan Bahagian, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam KDN.

Zamihan sebelum ini ditahan reman dua hari bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana kenyataannya yang didakwa mengkritik Sultan Johor berhubung titah mengenai kedai dobi layan diri untuk Muslim saja.

The post Zamihan Mat Zin kena tutup mulut atau keluar: Nur Jazlan appeared first on Portal Islam dan Melayu.

Sumber

Related

TERKINI 516093736229519591

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item