ismakualaterengganu

14 individu ditahan bantu siasatan kes bunuh di stesen minyak

JOHOR BAHRU, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat  – Polis menahan seorang lagi lelaki di bandar raya ini semalam bagi membantu siasatan kes bunuh d...


JOHOR BAHRU, 3 Rabiulakhir 1439H, Jumaat – Polis menahan seorang lagi lelaki di bandar raya ini semalam bagi membantu siasatan kes bunuh di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi di sini, Ahad lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata penahanan lelaki berumur 22 tahun itu menjadikan jumlah tangkapan setakat ini adalah 14 individu yang terdiri daripada empat wanita dan 10 lelaki berumur 16 hingga 26 tahun.

“Kita percaya dengan tangkapan 14 individu ini, kita dapat selesaikan kes ini. Kita masih cuba mengesan saki baki (mereka yang dipercayai terlibat) yang telah kita kenal pasti,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Setakat ini, katanya, polis sudah merekodkan keterangan dari lapan individu bagi membantu siasatan itu termasuk saksi yang berada di stesen minyak berkenaan.

Beliau berkata polis masih menyiasat latar belakang mangsa yang merupakan anggota kongsi gelap dan siasatan awal mendapati kejadian itu melibatkan pergaduhan mengenai hutang berkaitan pengedaran dadah.

Wan Ahmad Najmuddin berkata tiga pasukan dari Bukit Aman juga diarahkan ke Johor bagi membantu soal siasat yang dijalankan terhadap tangkapan dan saksi berkaitan kes berkenaan.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga menerima kerjasama Pasukan Polis Singapura (SPF) yang membantu menahan tujuh individu di republik itu, katanya. Mengenai kereta BMW yang digunakan dalam jenayah terbabit, beliau berkata polis masih belum menemuinya tetapi pemeriksaan mendapati ia menggunakan nombor pendaftran palsu dan pemilik kenderaan asal dengan nombor sama sudah membuat laporan polis.

Sambil berkata kejadian di stesen minyak itu menarik perhatian ramai ekoran ia tular di laman sosial, beliau menjelaskan bahawa ia adalah kes terpencil dan meminta orang ramai tidak gusar kerana keselamatan di negeri ini terkawal.

“Saya pasti keadaan di Johor terkawal seperti biasa dan kejadian ini tidak menjejaskan pengunjung termasuk dari luar negara,” katanya sambil memberitahu bahawa kawasan Taman Pelangi bukan kawasan tumpuan jenayah dan menggesa orang ramai tidak menyebar maklumat tidak tepat. 

Dalam kejadian 7.30 malam Ahad lepas, mangsa berumur 40-an itu mati di tempat kejadian selepas ditikam, dilanggar dan digilis kereta yang dinaiki empat lelaki.

Kejadian berlaku ketika mangsa dan isterinya berhenti di stesen itu untuk mengisi angin tayar kenderaannya.

Mangsa itu dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Cina di Melaka semalam. – Bernama

The post 14 individu ditahan bantu siasatan kes bunuh di stesen minyak appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 2116788375210307415

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item