33 IPTS ditutup tahun ini
KUALA LUMPUR, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, 33 kolej swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Tinggi, telah ditutup pada tahun ini.
“Memang tahun ini banyak kolej ditutup jika dibandingkan dengan tahun lalu memandangkan pihak kolej kini perlu mengemukakan data mereka secara atas talian selain pelaksanaan Akta Institusi Pengajian Tinggi Swasta (Akta 555) yang mula dikuatkuasakan sejak bulan lalu,” katanya seperti dilapor Utusan Online.
Katanya, pelbagai punca menyebabkan penutupan itu termasuk melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kementerian.
“Antara punca penutupan kolej swasta itu disebabkan oleh kekurangan pelajar dan pensyarah, tidak menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, tempoh pendaftaran kolej telah tamat dan tidak beroperasi.
“Ini merupakan proses yang berterusan. Apabila kita melihat mereka tidak beroperasi atau melanggar syarat yang ditetapkan, kita bertindak menutup kolej berkenaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar Majlis Penarafan Sistem Penilaian Kualiti Kolej Swasta Malaysia (MyQUEST), di sini hari ini.
The post 33 IPTS ditutup tahun ini appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan