40 maut, 30 cedera dalam dua letupan di Afghanistan
KABUL, 9 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Sekurang-kurangnya 40 terbunuh dan puluhan yang lain cedera dalam insiden letupan berhampiran pejabat saluran media di sini, hari ini.
Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri Afghanistan, Najib Danish berkata, insiden berhampiran agensi berita Voice itu menyebabkan kerosakan teruk di kawasan tersebut.
Menurut Najib, kejadian itu menyebabkan 30 orang cedera, dan tidak menolak kemungkinan bilangan mangsa terlibat meningkat.
“Terdapat dua letupan, di mana kita masih belum pastikan sasaran serangan itu. Namun, setakat ini ia berhampiran dengan agensi berita Voice,” katanya.
Beliau berkata, kementerian pada awalnya menjangkakan jumlah kematian hanya membabitkan 10 mangsa sahaja.- Agensi
The post 40 maut, 30 cedera dalam dua letupan di Afghanistan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan