ismakualaterengganu

50 cedera, sembilan ditembak dalam pertempuran di seluruh wilayah Palestin

RAMALLAH, 19 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Lebih 50 orang cedera termasuk sembilan daripadanya ditembak dalam pertempuran berasingan dengan r...

RAMALLAH, 19 Rabiulawal 1439H, Jumaat – Lebih 50 orang cedera termasuk sembilan daripadanya ditembak dalam pertempuran berasingan dengan rejim Israel di Tebing Barat, Timur Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza.

Jumlah rakyat Palestin yang tercedera terus meningkat sejak pertempuran semalam, yang membantah pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin, berdasarkan sembilan rakyat yang ditembak itu, empat daripadanya dilaporkan di Ramallah dan Tebing Barat, sementara lima lagi di Semenanjung Gaza.

Di Ramallah, lapan lagi rakyat Palestin cedera ditembak peluru getah. Manakala di Gaza, lima rakyat Palestin dari daerah Khan Younis cedera ditembak, termasuk seorang dari timur laut Gaza.

Ia termasuk lapan kecederaan dilaporkan di beberapa daerah di Tebing Barat, akibat ditembak dan serangan gas pemedih mata.- Agensi

The post 50 cedera, sembilan ditembak dalam pertempuran di seluruh wilayah Palestin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 5416594208242598048

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item