Akta Aksem berkuat kuasa 29 Disember

PUTRAJAYA, 7 Rabiulakhir 1439H, Selasa – Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 yang digubal untuk memperkemas tindakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap aktiviti menyalahi undang-undang di sempadan darat negara akan berkuat kuasa Jumaat, 29 Disember.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, tarikh penguatkuasaan akta itu yang ditetapkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri KDN dibuat berdasarkan subseksyen 1(2) Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia 2017 [Akta 799].

“Penggubalan akta ini juga memberi punca kuasa bagi penubuhan sebuah agensi khusus dikenali sebagai Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) yang bertanggungjawab untuk mengawal kegiatan penyeludupan atau aktiviti-aktiviti lain yang menyalahi undang-undang di sempadan darat negara,” menurut kenyataan itu.

Melalui akta itu, fungsi Aksem telah diperluas bagi melaksanakan kawalan di kawasan sempadan darat negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Fungsi ini membolehkan Aksem melaksanakan operasi sehingga ke garis persempadanan negara bagi membanteras aktiviti yang menyalahi undang-undang.

“Ini akan dapat memperkukuhkan lagi tahap kawalan keselamatan yang pada masa ini dilaksanakan oleh Pasukan Gerakan Am, (PGA), PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi-agensi penguatkuasaan yang lain,” katanya.

KDN menjelaskan bahawa agensi-agensi yang membentuk Aksem melibatkan keanggotaan lima agensi sedia ada iaitu Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.

“Peruntukan dalam akta ini juga membenarkan mana-mana pegawai awam lain dilantik bagi menyertai Aksem mengikut keperluan,” katanya. -Bernama

The post Akta Aksem berkuat kuasa 29 Disember appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian