ismakualaterengganu

Amaran angin kencang Sabtu hingga Rabu

BANGI 8 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut di kawasan pera...

BANGI 8 Rabiulakhir 1439H, Khamis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang Timur Laut di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur bermula Sabtu hingga Rabu.

Angin kencang dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam (kmsj) itu disertai ombak yang mampu mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter.

Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Selain itu, kawasan pantai di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur juga terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut yang dijangka bermula dalam tempoh yang sama.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran angin kencang kategori kedua di kawasan perairan timur laut Condore, utara Reef dan barat laut Palawan

Keadaan tersebut berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

The post Amaran angin kencang Sabtu hingga Rabu appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Related

TERKINI 6995075074973497003

Catat Ulasan Disqus Comments

JARINGAN

FACEBOOK

TOTAL PAGEVIEWS

item