Amaran cuaca buruk di Sabah, Sarawak dan Labuan
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
BANGI, 29 Rabiulawal 1439H, Isnin – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta angin kencang di beberapa kawasan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Jabatan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan tengah hari tadi memaklumkan, keadaan cuaca buruk itu dijangka berterusan sehingga Rabu ini.
Ia membabitkan beberapa bahagian di Sabah iaitu Kudat, Pantai Barat, Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Sipitang, Tenom, Keningau dan Tambunan) serta Sandakan (Beluran).
Dalam kenyataan sama, jabatan berkenaan turut mengeluarkan amaran cuaca waspada membabitkan beberapa daerah di dua negeri sama (Sabah dan Sarawak) sehingga Rabu.
Ia membabitkan Pedalaman (daerah Nabawan), Sandakan (Sandakan, Kinabatangan dan Tongod) di Sabah.
Keadaan itu juga dijangka menjejaskan Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Mukah, Sibu dan Bintulu.
The post Amaran cuaca buruk di Sabah, Sarawak dan Labuan appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.
Sumber
Ulasan
Catat Ulasan