Arab Saudi pintas peluru berpandu Syiah Houthi sasar istana

JEDDAH, 1 Rabiulakhir 1439H, Rabu – Pakatan tentera diketuai Arab Saudi memintas dan memusnahkan peluru berpandu balistik militan Syiah Houthi Yaman yang menyasarkan istana raja di Riyadh, hari ini.

Serangan terhadap istana al-Yamama adalah bagi mengingati hari ke 1,000 kempen pakatan tentera Arab Saudi menyerang Yaman.

Pusat Komunikasi Pakatan Tentera dalam Twitter memaklumkan bahawa peluru berpandu itu menuju kawasan penempatan, tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan, kata agensi berita Arab Saudi, SPA.

“Pakatan tentera mengesahkan memintas dan memusnahkan peluru berpandu Iran-Houthi yang menyasarkan selatan Riyadh. Setakat ini tiada laporan kemalangan jiwa,” kata kenyataan pusat itu.

Pemimpin Syiah Houthi, Abdulmalik berkata, serangan itu adalah tindak balas terhadap apa yang dilakukan Arab Saudi ke atas mereka.

Militan Syiah Houthi berkata, mereka melancarkan Burkan 2-H, peluru berpandu jenis Scud yang mampu mencapai 800 kilometer dari Saada, Yaman ke Riyadh.

Pakatan tentera Arab Saudi turut meningkatkan serangan udara di Sanaa, kawasan dikawal Houthi di selatan Yaman.

Arab Saudi dan sekutunya melancarkan perang terhadap Yaman sejak Mac 2015, dalam usaha mengembalikan semula kuasa Presiden Abd-Rabbu Mansour Hadi.

Ini adalah serangan peluru berpandu ketiga dari Yaman ke Arab Saudi, sejak November.

Pada 4 November lalu, peluru berpandu dilancarkan ke arah Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, manakala pada 1 Disember lalu sebuah lagi peluru berpandu dilancarkan ke bandar Khamis. Kedua-duanya dipintas dan dimusnahkan. – Agensi

The post Arab Saudi pintas peluru berpandu Syiah Houthi sasar istana appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.

Sumber

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dr Mat Rofa bodoh? Pensyarah dan pelajar universiti tempatan juga bodoh?

ASEAN tolak cadangan halalkan beberapa jenis dadah

Forum Maal Hijrah 1443H: Cabaran Menghadapi Norma Baharu: Masalah Kesihatan Mental, Peranan Agama Sebagai Penyelesaian